Thursday, September 10, 2015

INFO VITAMIN C 1000MG PAHANG PHARMA

INFO VIT C 1000MG

Pengetahuan Am Sebelum Ambil Vitamin C 1000MG Pahang Pharma 

 

Pernah terbaca atau terdengar tak apa-apa perubahan jumlah pengambilan dose sebarang jenis ubat pun perlu dapatkan nasihat dari doktor?kalau pernah dengar @ terbaca, baguslah. Sebab jumlah dose vitamin C yang korang beli tu tak boleh di ambil dalam sembarangan jumlah tau! Untuk ambil mana-mana dose ubat sekali sepatutnya di ambil atas nasihat dan saranan doktor sahaja. 

Sebab apa?



Sebabnya setiap orang keperluan supplement untuk badan adalah berbeza.Contoh la kan. Bandingkan remaja belasan tahun dengan orang dewasa nak cecah 50 tahun. Mana boleh tau senang-senang remaja ambil ubat dalam dose yang sama dengan orang dewasa.

 

Itu baru faktor umur. Banyak lagi faktor-faktor yang membezakan jumlah dose sebenar ubat untuk setiap orang. Contoh lain:

1) Faktor jumlah berat badan. Orang yang berat 40 kg sama ke dengan orang yang berat 80kg? Of courselah tak sama kan? Habis tu mana boleh sesuka hati ambil dose yang sama.

2) Faktor kesihatan. Orang sakit dengan orang sihat sure la tak sama kan? Kalau budak sakit, ambil 5ml ubat demam dalam bentuk cecair untuk sihat. Orang sihat kena ambil 5ml ubat demam jugak ke untuk elak demam? 
Tak boleh samakan setiap orang macam tu tau~


Keperluan Harian Vitamin C Harian 

Korang tau berapa banyak dose Vitamin C yang sepatutnya bagi korang yang normal lagi sihat sepatutnya ambil setiap hari? Ha, saya harap korang jangan terkejut. 


Sebab.... jumlah dose Vitamin C yang sepatutnya orang normal ambil setiap hari ni hanyalah: 


Lapan puluh mg ke seratus mg sahaja per hari aje...
(80mg-100mg)


Effect yang sangat-sangat buruk akan berlaku kalau korang berterusan ambil jumlah sesuatu supplement dalam jumlah yang terlampau banyak.



Badan tak mampu menampung vitamin c terlalu banyak

Jumlah Dos Vitamin C Untuk Rawatan Kulit

Jumlah dose vitamin C yang diperlukan bagi setiap orang yang normal ialah 80mg ke 100mg,  tetapi.... 
  • jumlah dose yang akan di recommend oleh doktor bertauliah ataupun pakar-pakar kulit yang berdaftar... bagi yang mengidap masalah kulit @ untuk kecantikan kulit yang di sarankan hanyalah lebih kurang seribu ke dua ribu mg (1,000 mg - 2,000 mg) sahaja!
  • cuba korang buat research kat internet ke, baca buku yang berkaitan... carilah jumlah dos harian yang paling tinggi dan selamat di benarkan tu berapa? Memang takkan jumpa yang cakap sampai puluhan ribu mg vitamin c sehari.  
(kalau ada mungkin terlibat dengan penipuan, atau pengeluaran tak menepati piawaian ubat berdaftar)
  • memasukkan lebih 2,000mg dos vitamin C  setiap hari adalah sangat berbahaya kalau diambil untuk jangkamasa yang panjang. Paling teruk akan menyebabkan kegagalan organ dalam badan terutamanya masalah buah pinggang.  
  • Kalau dah buah pinggang sakit, lama-lama akan melibatkan komplikasi yang tak elok untuk organ-organ lain pulak~
Cuba check masing-masing. Berapa jumlah dose Vitamin C yang korang ambil setiap hari? Ada tak yang sampai puluhan ribu setiap hari? Jangan sebab gopoh sangat nak berkulit cantik, korang main sapu je mana-mana dose yang tinggi.


 Pilihlah...Sayang kulit atau sayang nyawa? 

Kenapa Payah Sangat Nak Cari Supplement Yang Tinggi Dos Di Hospital @ Klinik?

Maybe langsung tak pernah jumpa pun ubat supplement ni kat hospital atau klinik terutamanya yang berdose tinggi sampai beribu-ribu mg. Sebab apa?
Sebab menjual ubat yang melebihi dose yang di benarkan adalah salah dari segi etika bekerja bagi yang bergelar doktor yang sah.
Supplement-supplement yang begitu tinggi dose berkemungkinan memberi kesan sampingan yang buruk pada kesihatan. Sesetengah doktor mungkin jual, tapi  pesakit tak boleh di beli macam beli ubat di 7 eleven.


Dan ubat yang di prescribed kan tu betul-betul untuk golongan yang betul-betul memerlukan.



Tapi.... Vitamin C 1000mg dari Pahang Pharmacy menjadi pilihan para doktor.

  • Pahang Pharmacy adalah antara established pharmacy/company di Malaysia. Produk-produk yang di keluarkan Pahang Pharmacy adalah menepati piawaian kesihatan dan dose ubat-ubatan.
  • Tak ada keraguan pada produk daripada Pahang Pharmacy terutama Vitamin C 1000 mg yang banyak membuktikan kesan baik pada kulit dan takkan ada kesan sampingan. 
  • Dengan syarat hanya mengambil sebiji setiap hari.... :) 

No comments:

Post a Comment